“Tak mintak free, tak mintak diskaun pun…” Pemilik Restoran Di London Tαmpil Jelαskan Perkara Sebenar Tokti Bαntu Promosikan Kedai

Penyanyi dan usahwan terkenal Datuk Siti Nurhaliza sememangnya terkenal dengan sikap le’mah lembut dalam berbicara serta seorang yang merendah diri. 

Meskipun beliau seorang yang dikenali ramai, namun ramai yang memuji Datuk Siti apabila berpeluang bertemu dengannya. 

Baru – baru ini Datuk Siti sekeluarga bercuti ke luar negara iaitu Dubai dan London dan kini masih berada di sana. 

Bercerita tentang sikap baik Datuk Siti, seorang pemilik restoran masakan Malaysia yang bertapak di United Kingdom iaitu Noor Amy Ismail. 

Menurutnya, Datuk Siti tidak meminta sebarang bayaran mahupun diskaun untuk mempromosikan produknya. 

“Melepak dengan kawan – kawan pada petang Sabtu di London? Err…sudah tentu tidak! Dia Datuk Siti Nurhaliza kot, seorang lagenda dengan hampir 9 juta pengikut di Instagram selain penyanyi yang diiktiraf di peringkat global. 

“Dengan pengaruh sebegini, dia sangat acuh tak acuh mengenainya dan dia hanya menyerahkan telefonnya kepada saya dan @ej_adam, “Nah, tag nama dan jenama.” Waaa… dia pun mempromosikan busines kami di IG storynya serta merta. 

“Dan, dia juga membayar untuk makanannya sendiri. Tak mintak free, tak mintak diskaun pun. Tingkah laku yang ada kelas,” ujarnya menerusi perkongsian di Instagram miliknya. 

Dengan peluang tersebut, Amy sebagai pemilik SME bersyukur dengan promosi percuma yang diberikan oleh Datuk Siti. 

“Ia amat bermakna kepada kami kerana kami mempunyai dana yang sangat terhad. Kami amat berterima kasih. Rezeki tak pernak sa’lah alamat. Terima kasih banyak @ctdk teruskan meningkatkan prestasi dan terus memberi inspirasi kepada kami. 

“Kami menyokong anda dan semoga Allah memberi ganjaran yang banyak kepada anda kerana membantu perniagaan kecil,” tambahnya lagi. 

“Alhamdulillah…makanan sangat sedap dan Insya-Allah pasti akan datang kembali,” balas Datuk Siti pada ruangan komen. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar, ctdk, halia.uk, nooramyismail

Leave a Reply

Your email address will not be published.