(Video) “Fanboy yang berjaya..” Fattah Amin Kongsi Kisah Perkenalannya Dengan Fazura

Sebelum ini, pernikahan antara dua pelakon popular, Fattah Amin dan Nur Fazura menjadi satu fenomena pada tahun 2017.

Pasangan yang sama cantik dan sama padan menjadi bualan ramai sehingga masa kini.

Kini, hubungan pasangan selebriti itu masih utuh dan bertambaha bahagia dengan kehadiran cahaya mata sulong yang diberi nama, Nur Fatima.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


Terbaru, viral sebuah video yang memaparkan Fattah Amin berkongsi kisah perkenalannya dengan Fazura.

Berdasarkan video temubual itu, Fattah Amin mende’dahkan bahawa dia merupakan salah seorang ‘fanboy’ atau peminat Fazura.

“Jujur, saya peminat Fazura gak dulu, saya kalau ikutkan memang…Yelah kita tak pernah terbayang kita jadi pelakon kan”

“Saya ingat lagi, first time saya jumpa Fazura dalam satu filem ni..saya extra..”

Kredit: beautifulnara.com

“Waktu tu saya baru baru sangat berlakon so waktu tu orang cakap…Jodoh sebenarnya Allah dah aturkan eh.”

“Jodoh dah ada depan mata tapi belum ditemukan lagi, belum sampai lagi..Tapi ada rasa waktu tu macam..Eh minatnya Fazura ni kan.”

“Then pastu, ditakdirkan Allah, jodoh sampai jodoh, berkahwin.” ujar Fattah Amin dalam temubual itu.

“Bila Allah cakap dia jodoh kita maka dia tetap jodoh kita” kapsyen video itu.

Manakala, tinjauan di ruangan komen mendapati, pelbagai komen ditinggalkan oleh warga maya.

“Dorang ni kalau berahsia rahsia betul2, takde hint2. Tau2, tunang, nikah, pregnant. Salute kawan2 dorang pandai simpan rah’sia…”

“Dia nyanyi smbil main gitar dlm crita cappadocia tu. Ingt lg. Sleeveless”

“Yg lucu fazura x ingat pun fattah ada dlm filem tu sbb watak fattah masa tu extra n keluar sekali je”

“Ms tu tbe2 kecoh fazura dgn fattah tunaikan umrah brsama.rupanya da brtunang snyp2..x smp sebulan trus nikah..”

“Tersenyum kita…suka betul pasnagan bahagia ni,tak pernah over dlm segala hal…humble ja suami isteri”

“Ada sesiapa nak jadikan sy pelakon extra tak. Sy jadi tukang buat air pun tak apa”

Sumber:

[1] Gambar utama, Tiktok @randommdrama dan NST

Leave a Reply

Your email address will not be published.