“Dah macam bunyi αzαn..” Siti Nurhaliza ‘Berduet’ Dengan Afwa, Buαt Ramai Terhibur

Datuk Siti Nurhaliza atau lebih dikenali dengan Tokti, sering saja memuat naik perkembangan terkini kedua-dua anaknya, Aafiyah dan Muhammad Afwa buat tatapan peminat.

Sama seperti Aafiyah, Muhammad Afwa iaitu cahaya mata kedua Tokti sudah mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Mana taknya, dengan muka tembαm serta gelagatnya itu sentiasa saja boleh mencuit hati peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFWA KHALID (@muhdafwakhalid)


Terbaru, Tokti ada berkongsikan video sedang bernyanyi di Kota London sambil mendukung Afwa.

Tetapi yang menarik perhatian adalah, apabila Afwa pula yang menyampuk dan ‘berduet’ dengan ibunya.

Gelagat Afwa cuba menyanyi mengikut ibunya itu dilihat sangat comel biarpun bahasanya langsung tidak dapat difahami.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat Afwa yang cuba berduet dengan ibunya itu.

Ada juga yang mengatakan Afwa kedengaran seperti melaungkan azan pula.

Comel Muhammad afwa bijak Bersama ibu tersayang

MasyaAllah, geramnyaaaa Afwa comel ibu cantikkk sangat..

Dah macam bunyi azan dh dengar nya..

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan & Video, Instagram Afwa Khalid

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.