
Habiskan masa bersama anak – anak adalah satu cara untuk para ibu bapa untuk mengukuhkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak – anak.
Tidak kira sama ada bercuti ke sesuatu tempat menarik atau hanya duduk di rumah melakukan aktiviti bersama – sama.
Hal ini sama dengan perkongsian yang dibuat oleh isteri kepada pelakon lelaki iaitu Syukri Yahaya, dimana dia berkongsi sebuah video Syukri melayan anak perempuannya.
Menerusi perkongsian di Instagram dapat dilihat Syukri sedang bermain anak patung anaknya, Aaira Ameena.
Anak main doll ❌
Bapak main doll ✅Helppppppppp!!! Ahahhahhahhaha
ctto: tyaadnan pic.twitter.com/QoXkuAdm5S— video viral (@viralv297) July 9, 2022
Perkongsian video tersebut meraih sehingga 263 ribu tontonan serta pelbagai reaksi daripada warganet dan juga rakan baik Syukri iaitu Sharnaaz Ahmad.
Akibat duduk rumah lama sgt..
Masa kecik2 bapak ameena x merasa.. tu main anak punya plak
Inilah d namakan pengorbanan seorang ayah kepada anak2
Untuk makluman, Syukri Yahaya dan Tya Adnan mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena, 6, dan Maleeq Miqayl, 2.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, beritakopak
[2] Gambar, shukriyahaya, tyaadnan
[3] Video, tyaadnan