(Video) “Syukurnya tengok pasangan ni…” Perkongsian Terbaru Neelofa & PU Riz Buat Ramai Terhαru

Baru – baru ini seorang peminat Neelofa ada berkongsi doa sempena dengan Hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah menerusi akaun TikToknya.

Pada hari tersebut, amalan yang terbaik adalah berdoa kepada Allah SWT. dan merupakan waktu berdoa paling mustajab. 

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @seorangnur, dapat dilihat beberapa video pasangan Neelofa dan Harris disertakan dengan doa. 

“MasyaAllah doa yang indah di waktu mustajab ini. Perkenankanlah doa kami Ya Allah,” kapsyennya. 

Doanya berbunyi begini: 

“Sesungguhnya aku memohon padaMu sebaik – baik permohonan, sebaik – baik doa, sebaik – baik kejayaan, sebaik – baik amalan, sebaik – baik ganjaran, sebaik – baik kehidupan, sebaik – baik kema’tian. 

“Dan teguhkanlah pendirianku, beratkanlah timbangan amal baikku, mantapkanlah keimananku, tinggikanlah martabatku, terimalah solatku, ampunilah kesa’lahanku. 

“Dan aku memohon kepadaMu darjat yang tinggi dalam Syurga, perkenankanlah doa kami Ya Allah,” doanya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet mengaminkan doa serta ada yang senang melihat kebahagiaan pasangan ini. 

“Tq.Aamin2 Rabbal Alamin.moga doa ini berbalik semula kepada tuan yg mendoakan…tq” 

“Semoga rezeki berpihak pada Sy amiin” 

“Syukur alhamdulillah amiin3 yrl alamin” 

“Sejuk mata memandang” 

“*Jadikanlah dia dan aku penghuni SyurgaMu*” 

“Aamin syukur nye tengok pasangan ni, berkasih syg love it Suami Dan isteri yg mulia di sisi Allah serasi Dan loving” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, kosmo, @seorangnur

Video, @seorangnur

Leave a Reply

Your email address will not be published.