
Tanggal 22 Mei, pelakon Sheera Iskandar telah selamat melahirkan bayi perempuan sulung dan berita gembira itu dikongsi suaminya dengan rasa syukur menerusi akaun Instagram isterinya.
Terbaharu, Sheera yang juga pelakon drama Janji Diana berkongsi foto sambutan hari raya Aidiladha serta nama puteri sulungnya.
“MasyaAllah Tabarakallah, Alhamdulillah Aidiladha pertama buat Puteri Long Harissa. Salam Aidiladha dari keluarga kecil kami; Harissa, Sheera dan Halim.
“Baby Harissa suka senyum,” kapsyennya beserta foto mereka bertiga.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata wargamaya serta rakan selebriti turut meninggalkan ucapan hari raya buat mereka sekeluarga.
“Salam AidilAdha buat adikku Sheera, encik suaminya Halim n anakanda Harissa. Moga berbahagia bersama til jannah”
“Salam Aidiladha @sheeraiskandar & hubby & ur cute newborn baby girl”
“Comelnye baby long harissa”
“Alahai comel nyer harissa”
“Comel lah harissa ni macam mak dia”
“Eppy Eid Aidiladha sheera n family”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, mediahiburan
[2] Gambar, sheeraiskandar, nona