
Pada hari raya Aidiladha lalu, pelakon Elisya Sandha telah mengadakan majlis aqiqah untuk anak perempuan sulungnya iaitu Bunga Elhaq.
Elisya juga ada memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis tersebut ke laman Instagram miliknya.
Selain berkongsi gambar, Elisya juga meninggalkan pesanan istimewa untuk suaminya iaitu Uzair Haqimy yang juga anak kepada penerbit Sheila Rusly.
Dalam pesanan tersebut, Elisya menceritakan pengorbanan suaminya yang menjaga anak mereka seperti bangun setiap malam untuk menukarkan lampin anaknya serta memberikan susu.
Namun begitu, ada segelintir mereka yang kurang senang dengan nukilan Elisya memandangkan perkara itu bukan satu hal yang luar biasa untuk dibincangkan dan sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga anak.
Tidak cepat melatah, Elisya menerangkan maksud disebalik nukilan tersebut bersifat peribadi dan dituju khas untuk suaminya.
“Jadi, saya bukan mahu mendabik dada dan memeningkan kepala memikirkan kata si’nis netizen yang berbaur nega’tif. Saya tak memerlukan justifikasi mereka (netizen) dalam hal ini.
“Saya juga percaya ruang menulis dan berkongsi apa saja bentuk perkongsian di media sosial tidak memerlukan pandangan mereka (netizen),” jelasnya kepada Gempak.
Menurut Elisya lagi, selagi perkongsian yang dibuat bukan bersifat bu’ruk ia buka sesuatu hal besar dan luahan kepada suaminya adalah perkara yang jujur.
“Selagi saya rasa ia masih okey dan baik untuk dikongsi dan dizahirkan, ia takkan menjadi ku’dis pun. Hidup ini bukan sentiasa atau setiap masa perlu melihat segala sudut pandangan orang lain. Kalau asyik memikirkan pandangan orang, mungkin kita takkan ke mana – mana.
“Saya anggap luahan itu (kepada suami) adalah bentuk dedikasi jujur. Mereka juga boleh melakukan perkara sama. Tapi ia terpulang kepada terjemahan orang lain yang mungkin fikir ia seperti poyo atau apa saja tafsiran nega’tif,” tambahnya.
Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar dan pengajaran untuk semua.
Sumber:
[1] Rujukan, gempak
[2] Gambar, elisyasandhaofficial