“Lunch bersama menantu..” Ibu Mentua Kongsi Gambar Makan Berdua, Siap ‘Mention’ Puteri Sarah Isteri Siapa

Salah satu hadiah terbaik dalam perkahwinan adalah bila dikurniakan mentua yang baik dan menganggap menantu seperti anak mereka sendiri.

Sama seperti pelakon, Puteri Sarah Liyana yang dilihat mendapat seorang ibu mentua yang sangat baik dan sentiasa menyokongnya dari belakang.

Umum mengetahui, rumahtangga Puteri Sarah Liyana dengan Syamsul Yusof sedang dilαndα mαsαlαh dan sehingga kini masih belum selesai.

Namun, Puteri Sarah Liyana dilihat tetap kuat, dan keluarga mentualah antara yang memberi sokongan tidak berbe’lah bahagi kepadanya.

Mana taknya, Datin Fatimah Ismail, iaitu ibu kepada Syamsul Yusof ada memuat naik gambar sedang makan bersama Puteri Sarah Liyana di halaman Instagramnya.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah, beliau turut memaklumkan sedang makan tengahari bersama menantunya, iaitu isteri Syamsul Yusof.

“Lunch bersama menantu saya, isteri Syamsul Yusof, Alhamdulillah.” kapsyen perkongsian itu.

Perkongsian beliau itu telah mendapat sokongan dari warganet, yang merasakan Datin Fatimah sebagai mentua yang baik dan sangat memahami.

Rata-rata juga memuji Datin Fatimah sebagai mentua yang sangat memberi sokongan kepada menantunya.

“Love to see this support system. Muga Allah permudahkan semuanya. Dikurniakan bahagia, tenang, dunia akhirat..”

“Menantu paling cantik, baik dan sempurna dimata seorang ibu mertua. Tiada Tandingan.”

“Alhamdulillah. Semoga ikatan mereka tetap teguh. Kita doakan semoga syamsul sedar kembali ke pangkuan isterinya…amin”

Bagus betul la datin ni.. dia cakap bagi jelas ni menantu dia isteri samsul tu.. kalau tak reti lagi tak tau la..

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan & Gambar, Instagram Puteri Sarah Liyana & Patimah Ismail

Leave a Reply

Your email address will not be published.