“Pilihan hαtinyα di Tawau..” Shahir Zawawi Bakal Bertunαng Esok

Baru – baru ini, penyanyi Shahir Zawawi mengumumkan bakal bertunang pada pertengahan Julai, namun masih merah’siakan siapakah bakal tunangnya. 

Terbaharu, Shahir akan melansungkan majlis pertunangannya dengan gadis Tawau esok dan mengakui merasa berde’bar menanti hari esok. 

Menurutnya, perancangan asal majlis tersebut berlangsung di Kuala Lumpur namun mengubahnya ke kediaman pihak perempuan sambil membawa kedua ibu bapanya makan angin. 

“Alhamdulillah, segala urusan untuk majlis ini berjalan lancar hasil bantuan keluarga serta kawan terdekat yang turut sama membuat persiapan akh’ir. 

“Ikut perancangan awal memang mahu melangsungkan majlis pertunangan di sini (Kuala Lumpur), namun selepas berbincang kami putuskan untuk adakan di rumah keluarganya. 

“Bukan saja dapat mengenali saudara maranya yang ramai di situ, saya juga ambil kesempatan untuk bawa emak abah jalan – jalan di Tawau. Ikutkan empat hari kami di sana. 

“Dari Kuala Lumpur rombongan kami hanya berenam memba’bitkan saudara terdekat dengan membawa bersama lima dulang hantaran,” jelasnya kepada Kosmo! Online. 

Untuk makluman, Shahir yang juga juara Akademi Fantasia 8 (AF8) membuat pengumuman mengejut bakal bertunang dengan ahli perniagaan dekorasi dalaman dan pakaian. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, kosmo

[2] Gambar, kosmo, shahirzawawi88

Leave a Reply

Your email address will not be published.