
Setiap orang memiliki karakter yang berbeza antara satu sama lain, namun kadang – kadang ada antara kita mempunyai persamaan serba sedikit.
Sedikit sebanyak persamaan dibandingkan antara anak sulung sehingga anak bongsu dalam sesebuah keluarga.
Sama seperti perkongsian terbaharu pelakon cantik Amyra Rosli berkenaan karakter – karakter yang dimiliki oleh anak sulung.
Menerusi perkongsiannya, Amyra memuat naik video zaman kanak – kanaknya bersama keluarga yang disertakan sikap anak sulung.
“Siapa anak sulung perempuan kat sini? Betul ke semua ni? Cuba share sikit…” kapsyen Amyra.
Foto zaman kanak – kanak Amyra mencuri perhatian ramai dengan rata – rata mereka memuji kecomelan Amyra sejak kecil.
View this post on Instagram
Meninjau ke ruangan komen, arta – rata warganet turut memberi pendapat masing – masing berkenaan sikap anak sulung serta ada yang menyamakan wajahnya sama dengan Anaqi, anak sulungnya.
“Sikap selalu pendam perasaan biar diri je tahu.. Anak sulung perempuan hadir”
“Mcm muke ank die yg no 2”
“Saye awak, same la kita senang menangis , depan orang je garang kuat apa semua. belakang kita paling banyak menangis.”
“Comelnye kecik2”
“Saya pun anak sulung. Ya samalah seperti yang awak kongsi tu Myra.”
“MasyaAllah, comey sejak kecik lagi kak myra”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, aamyrarosli
Video, aamyrarosli