(Video) “Alahai lembutnya Siti Nurhaliza cakap dengan burung…’ Gelagat Tokti Tegúr Burung Tarik Perhatian Ramai

Penyanyi lagenda, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai Tokti merupakan nama tidak asing lagi, malah sudah sebati dalam dunia hiburan.

Pelbagai anugerah beliau telah menangi samada peringkat lokal mahupun peringkat antrabangsa.

Selain dunia hiburan, beliau juga bergiat aktif dalam perniagaan sehingga mencipta produk-produk sendiri.

Maka tidak hairanlah, segala perkongsian mengenai ikon ini menarik perhatian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Terbaru, satu perkongsian dari seorang pengguna Tiktok yang bernama @dagulekuk berjaya menarik perhatian para peminat Tokti.

Menerusi video itu, kelihatan Tokti sempat memberi salam dan bertanyakan kemahuan datang ke rumahnya.

“Hi assalamulaikum, nak apa sayang?” tanya Tokti kepada burung itu.

Apa yang menarik perhatian adalah gelagat Tokti dengan lembutnya bercakap dengan burung, serta burung itu seolah-olah datang lagi dekat selepas Tokti mene’gurnya.

“Alahai lembutnya Siti Nurhaliza cakap dengan burung. Burung pun jinak je dengan dia, siap datang lagi lepas Siti tegur.” tulis @dagulekuk dalam video itu.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, pelbagai respons ditinggalkan oleh warga maya.

“Nak berduet dengan dato tu..ada aura lagu album baru”

“Burung yang datang rumah dia pun special eh, tak pernah tgk.

“Artis Malaysia yg menjadi contoh. Walau berada ditahap paling atas tapi sentiasa merendah diri..lembut sopan.. humble burung cantik pun suka”

Sumber:

[1] Rujukan, @dagulekuk

[2] Gambar utama, HCL dan @dagulekuk

Leave a Reply

Your email address will not be published.