
Setiap perkongsian artis mengenai anak mereka pasti menjadi tumpuan sementelah telatah mereka yang mencuit hati.
Para peminat suka mengikuti perkembangan anak – anak selebriti setiap kali mereka berkongsi video atau foto berkenaan anak mereka yang comel.
Hal ini sama dengan perkongsian anak pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima yang kini berusia 1 tahun 8 bulan.
Meskipun masih pelat dalam berkata – kata, namum Fatima atau panggilan mesra Nyanma sudah pandai menjawab pertanyaan ibunya.
Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, Fatima dilihat sedang berborak dengan ibunya, Fazura yang menanyakan soalan – soalan biasa yang ditanya setiap ibu bapa.
Apa yang melucukan, Nyanma dapat menyebut nama babanya, Fattah dengan penuh, sekali tiba nama Fazura hanya dipanggil pendek.
Fatima borapk ape dengan mummy?
ctto: n4dia.hassan pic.twitter.com/ZvhgTWwOEj— video viral (@viralv297) July 18, 2022
Hal ini mengundang tawa warganet dengan jawapan lucu Fatima sekaligus meninggalkan pelbagai komen di ruangan TikTok @n4dia.hassan.
“Pandainya dia sebut nama daddy dan mommy dia semoga membesar dgn bijaksana fatima”
“Ya Allah.. Ge’ramnyaaa, pandai btl fatimah syg ni”
“Nama ayah je sebut betul.”
“Chomel nyebut nama Mami dia Zuwa..haha”
“Yaallah dik pndai nye awk sebut nme dady ngn mamy awkk. Comel jerr”
“Nama daddy pndai sebut, ank ddy ni”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, missfazura, fattahaminz, newzpower
Video, @n4dia.hassan