
Baru – baru ini ada segelintir peminat mempertikaikan pelakon Rozita Che Wan hanya membiarkan anak perempuan tunggalnya iaitu Aaisyah Dhia Rana bersolek tebal meskipun baru berusia 7 tahun.
Bagi menjelaskan perkara tersebut, Rozita atau mesra dipanggil Che Ta memuat naik status di Instagram miliknya beserta sebuah video Aaisyah sedang bersiap sendiri.
Menurut Che Ta, anaknya suka berhias sejak kecil lagi dan semuanya hendak dipakai sendiri tanpa bantuan orang lain.
“Hampa ghasaa, kalau anting – anting sebesaq planet tu dia pandai dah pakai sendiiri, dia cakap ‘mommy meh Aaisyah pakai sendiqi’ – dengan leghat Kedah dia yang tak berapa nak Kedah tu.
“Dia memang suka melaram dari kecik hampa, kami nak la’rang pun dah memang dia suka melaram. Karang kami tak bagi dia nan’gis mera’juk, satu hapah tak guna. Kami pulak pe’ning nak pujuk.
“Biaq pi la dia, janji dia happy hampa, kalau anak hampa nak bergaya sakan pun takdak sapa nak la’rang, janji depa gembira, kita pun senang hati dak?” jelas Che Ta.
macam heroin hindustan 🤩
ctto: rozitachewan1 pic.twitter.com/rwW3XtgAKB— video viral (@viralv297) July 19, 2022
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut berpendapat sama dengan Che Ta selain ada yang berseloroh Aaisyah sudah boleh menggantikan ibunya.
“Tercam’paklah mak dia lepaasssssss niiii”
“Abiss lhahah tercam’pak jauh nun sana”
“Budak girl tak pe melaram pun. Tok sah la’rang la. Kalau yang budak boy melaram tu patut kene la’rang. Ghisauuuuu”
“Alololo….tantekknya heroin Hindustan ni!!”
“Cantik sangat…terlebih cantik dari mummy pulak tu..macam princess, nnti berhias ala2 princess nahhh..tak sabaq nak tgok”
“Xpa che ta kami suka tengok aaisyah melaram cantik sangat kene ngan dia”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, aaisyahdhiarana111, rozitachewan1
Video, rozitachewan1