
Pelakon serba boleh Issey atau nama sebenarnya Fazlisham bermula dari seorang tukang ka’rut Dikir Barat dan kini berlakon dan mengacara radio.
Peribahasa mana tum’pahnya kuah kalau tidak ke nasi sesuai digambarkan untuk anak lelakinya yang hampir berusia setahun.
Mana tidaknya, perkongsian terbaharu Issey berkenaan anaknya iaitu Faeeq Fathian yang meminati lagu Dikir Barat sama seperti ayahnya mencu’ri tumpuan ramai.
Menurut Issey, dia menyedari minat anaknya setiap kali memainkan lagu tersebut serta melihat anaknya teruja selain mengerak – gerakkan badannya sambil mendengar lagu tersebut.
“Alkisahnya anok daddy yang minat sungguh Dikir Barat. Faeeq Fathian bin Fazlisham (Iyyen Issey).
“Anak daddy ni minat sungguh Dikir Barat. Dia minat lagu ni jer, derita seorang ‘Megat Nordin.
“Sebab daddy kat rumah sesalu bukak lagu ni. Satu hari kita test, masa Iyyen baru bangun tidur.
“Dengar je lagu ni terus menjerit happy. Inilah dia anok daddy, Iyyen Issey,” kongsinya.
Al – kisah anok daddy yang minat sungguh Dikir Barat. Faeeq Fathian Bin Fazlisham (iyyen issey) 😂
ctto: isseyfazlisham pic.twitter.com/wI6SBripVo— video viral (@viralv297) July 19, 2022
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet teruja melihat Iyyen menggerakkan badan mengikut rentak lagu selain menyatakan Iyeen adalah pelapis Dikir Barat suatu hari nanti.
“Nurun daddy dio…pewariss dikir barat tuu”
“Nurun dedy dio la brehi dikir n pandai dikir.. comey la iyyen dikir barat”
“Berangin skaklos”
“Nurun daddy la ni..”
“Butir ddy nih..”
“Alololoooo, omeyyyynyaaaa…”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, majalahpama
[2] Gambar dan video, isseyfazlisham