(Video) “Tak puαs, nak lagi…” Gαndingαn Shuib & Ryan Bakery Buat Ramai Geli Hαti

Pemilik nama Ryan Bakery sudah tidak asing lagi dalam kalangan wargamaya dengan video yang dihasilkan mengimbau kenangan zaman kanak – kanak. 

Perkongsian videonya ke aplikasi TikTok dengan trademark bedak penuh di muka telah meraih sehingga berjuta tontonan. 

Terbaharu, Ryan Bakery muncul bergandingan dengan pelawak dan usahawan terkenal iaitu Shuib Sepahtu bagi mempromosikan minuman miliknya iaitu BubbleBee. 

Menerusi video tersebut, Shuib dilihat sedang membeli beberapa menu BubbleBee sambil diperhatikan oleh Ryan yang melakonkan watak kanak – kanak. 

Meskipun video tersebut tanpa dialog, namun lakonan mereka berdua berjaya mencuit hati para penonton dengan gelagat mereka yang melucukan. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet serta rakan selebriti turut terhibur dengan gandingan mereka berdua. 

“Gabungan mantap” 

“Tak puasss!!! Nak lagiii!” 

“Aduuu kenapa la’ri? nak tengok muka dia makan coklat aduhhhh” 

“Silent comedy pun kelakar” 

“Tak boleh betul la tgk si @ryanfahmibakery ni.. menceriakan hari2 sangat” 

“Terbaik gabungan ni” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Summber: 

[1] Rujukan, ohmymedia

[2] Gambar, shuibsepahtu, mstar

[3] Video, shuibsepahtu

Leave a Reply

Your email address will not be published.