“Saya tak hαlαng orang nak nyanyi semula lagu saya, tapi perlu hαti-hαti…” Ini Respon ‘Pαdu’ Tok Ti Untuk Mereka Yang Nak ‘Cover’ Lαgunyα

Lagu –lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu dinyanyikan semula dan diberi nafas baru sudah menjadi trend zaman kini oleh artis – artis yang baru mula menapak. 

Menerusi laman media sosial, kita dapat lihat beberapa artis BBNU cuba untuk menyanyikan semula lagu yang pernah menjadi fenomena dan ada yang menjadi dan ada yang tidak. 

Penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza menyatakan tidak menjadi masa’lah sekiranya ada yang ingin menyanyikan semula lagunya apabila ditanya berkenaan trend tersebut. 

“Saya tak mengha’lang bila orang nak menyanyi semula lagu saya. Saya suka kalau ada mereka nak cuba nyanyi dengan cara mereka tersendiri. 

“Tapi perlu ha’ti – ha’ti juga sebab kadang – kadang yang sangat sen’sitif adalah peminat – peminat serta orang yang menilai nyanyian dia.  

“Sudah tentu saya nak orang nyanyi lagu saya dengan baik dan bagus, itu sahaja.  

“Sama juga dengan kalau saya nak nyanyi lagu – lagu artis lain yang memang popular atau idola saya. Saya mesti nak (kena) hormati karya mereka. 

“(Yang penting) yang kita nyanyikan itu, kita tahu macam mana nak hormat karya orang lain,” ujar Datuk Siti kepada Media Hiburan. 

Dalam pada itu, Datuk Siti juga menitipkan pesanan sebagai penyanyi yang lebih senior supaya kerap pergi ke kelas vokal dan kerap membuat latihan sebagai persiapan. 

“Walaupun sudah biasa menyanyi, tapi apabila ada satu lagu yang memang tiba – tiba meletvp dan kena menyanyi ‘live’, perasaan gemen’tar memang tinggi. Jadi, kalau artis baru dia kena hadapi perkara ini dengan tenang. 

“Memang betul kita sudah menyanyi sedap dalam studio. Orang nak dengar kita nyanyi ‘live’ tu lebih sedap atau sebaliknya. 

“Memang kena bersedia men’tal fizikal…jadi, kena selalu berlatih untuk melancarkan setiap nyanyian. 

“Tak sa’lah ke kelas vokal. Kadang teknik nyanyian kita tak belajar dan apabila sudah belajar baru kita tahu teknik yang boleh membantu nyanyian kita,” tambahnya lagi. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mediahiburan

[2] Gambar, murai, okezone, ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published.