
Pelakon Elfira Loy ada berkongsi mengenai anak lelaki sulungnya iaitu Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia 2 tahun.
Meskipun tumpuan Elfira kini beralih kepada anak keduanya yang baru dilahirkan pada pertengahan bulan Mei lalu, namun dia tetap membahagikan masa untuk anak sulungnya.
Menerusi Insta Story miliknya, Elfira menceritakan serba sedikit berkenaan Rayyan seorang yang cukup aktif dan tidak duduk diam.
Meskipun begitu, dia bersyukur putera sulungnya pandai berdikari sejak mempunyai adik.
“Yang mommy bersyukur Rayyan seorang yang berdikari tapi adalah cheeky cheeky tu. Yang penting dia boleh bermain sendiri, boleh tolong mommy jika nak sesuatu.
“Kalau nak duduk diam – diam main, kena bagi cable, bunga kantan, ranting, tisu atau daun – daun. Tu favourite dia,” kongsi Elfira tentang barang mainan anaknya.
Tambahnya lagi, Rayyan juga akan fokus bermain dengan tangkai petai sehingga hampir satu jam.
“Dia boleh main petai ni, sorang – sorang dah nak sejam,” tambah Elfira.
Untuk makluman, Elfira dan Faris Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan dua cahaya iaitu Muhammad Rayyan Khalaf, 2 dan Nur Aria Mikayla,2 bulan.
Sekadar info dan smeoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, majalahpama
[2] Gambar, majalahpama, elfiraloy, rotikaya