(Video) “Dah jadi ikon pun kena jéling..” Gαbungαn Shuib Dan Ryan Bakery Sekali Lagi Raih Perhatian Ramai

Baru-baru ini, pelawak dan usahawan Shuib telah bergandingan dengan Ryan Bakery, bagi mempromosikan jenama minuman BubleBee milik Shuib itu.

Walaupun video yang dihasilkan mereka tiada dialog, ia tetap berjaya menαmbat hati para peminat, dan membuatkan ramai terhibur.

Bagi yang tidak mengenali, Ryan Bakery adalah salah seorang ‘content creator’ di aplikasi Tiktok, yang terkenal dengan video yang mengimbau zaman kanak-kanak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


Terbaru, Ryan Bakery dan Shuib sekali lagi berganding bahu dalam video promosi, sambungan bahagian 2 dari yang sebelumnya.

Tapi kali ini, Ryan bukan sahaja mempromosikan BubbleBee, tetapi turut diperkenalkan sebagai ikon BubbleBee di cawangan Sri Iskandar, Perak

Shuib juga turut menjemput orang ramai untuk menghadiri majlis pembukaan BubbleBee Sri Iskandar, Perak pada 30 Julai akan datang ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Meninjau kie ruangan komen, ramai yang terhibur dengan sambungan video yang dihasilkan kali ini.

Malah, ramai juga yang terhibur dengan gelagat Ryan Bakery yang mencuit hati itu.

Part je’ling tu rasa nak penam’por sekali baru bedebu seluruh seri iskandar

Hahaahahaahaha takpernah takgelak la klu tgk si rayan ni

Lepas ni dia tak makan dah la cekelat dia color hijo tu. Hari2 hen’tam bubble bee, lagi ma’rah mak dia

hahahahhaa aku ge’ram betul lah dgn dia ni dah jadi ikon pun kena je’ling lagi 

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Instagram Shuib Sepahtu

[2] Gambar Utama, Oh My Media & Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.