(Video) “Muncung boleh gαntung beg dik…” Gelagat Afwa, Anak Tok Ti Gαlαs Beg Tαrik Perhαtiαn Ramai

Penyanyi No 1 Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi dan juga usahawan kosmetik berjaya. 

Mula berkecimpung dalam bidang muzik sejak remaja lagi, kisah kejayaannya menjadi inspirasi kepada anak muda. 

Mendirikan rumah tangga dengan Datuk Khalid Jiwa sejak tahun 2006, kini Datuk Siti dikurniakan sepasang cahaya mata. 

Puteri sulung Datuk Siti iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 4 tahun serta anak lelaki Muhammad Afwa, 1 tahun. 

Jika sebelum ini, Aafiyah diajar di rumahnya, kini Aafiyah memulakan persekolahannya di sebuah tadika di ibu kota. 

Terdahulu, Datuk Siti ada berkongsi keterujaan anak perempuan sulungnya yang pertama kali bertemu rakan sebaya di sekolah. 

Terbaharu, perkongsian Datuk Siti di laman Instagram miliknya berkenaan anak lelakinya menarik perhatian ramai. 

Sejak Afwa sudah pandai berjalan, Afwa dilihat semakin aktif dan tidak duduk diam. 

Menerusi video tersebut, Afwa sedang berjalan sambil menggalas beg seakan – akan mahu ke sekolah seperti kakaknya. 

Meskipun jalannya masih terhuyung hayang dengan beg yang besar, Afwa tetap laju mengatur langkah dengan mulut muncungnya. 

“Afwa anak ibu nak pergi mana dengan kiddies bag @beausitiofficial tu?” kapsyen Datuk Siti. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur dengan gelagat comel Afwa. 

“Oiiiii muncung tuuuuuuu…bleh bt sngkut hanger” 

“Dato K kecik nak ke mana tu dengan bag.. Hensem ikut ayah dia cool ja” 

“Ahahaha afwa ni penghibur betul la” 

“Comey, muncung afwa paling mahal haha” 

“Comelnya afwa g sekolah yer” 

“Comel mcm kartun real life” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar dan video, ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published.