
Rezeki setiap daripada kita berbeza – beza dan datang dalam pelbagai bentuk yang tidak dijangka.
Hal ini samalah dengan seorang ‘content creator’ yang namanya meningkat naik baru – baru ini, dengan menghasilkan kontent yang sangat dekat dengan jiwa zaman kanak – kanak.
Pemilik nama Ryan Bakery kini semakin dikenali dan bukan itu sahaja, dia kini sudah dilantik menjadi ikon Bubble Bee Perak.
Berpeluang bekerjasama dengan pelawak dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu, Ryan atau nama penuhnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery kini berjaya membuka satu lagi francais Bubble Bee.
Terletak di Seri Iskandar, Perak, perasmian pembukaan bermula kira – kira pukul 12 tengahari tadi dengan memberikan 100 cawan Bubble Bee secara percuma.
Namun begitu, para warganet perasan akan sesuatu yang membuatkan mereka turut se’bak dimana rakan baik Ryan iaitu Wan Chai dilihat sedang mengesat air mata.
Momen dia dan Ryan berpelukan usai perasmian mebuat ramai terharu dengan persahabatan mereka berdua dimana Wan Chai sering bergandingan dengan Ryan ketika membuat kontent TikTok.
Tahniah Ryan Bakery… 🥳
ctto: shuibsepahtu pic.twitter.com/ll9XUpvI4P— video viral (@viralv297) July 30, 2022
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut mengucapkan tahniah kepada Ryan serta memuji ikatan persahabatan Wan Chai dan Ryan.
“Inilah dikatakan sahabat sejati. Support kawan dan berasa bangga dgn kejayaan kawan.”
“Se’bak tengok wancai nan’gis”
“Rezeki Allah bagi. alhamdulillah. happy for all of u”
“Kenapa i rasa terharu pulak, semoga sukses selalu”
“Se’baknyaa tgk part last . Kita sekali rasa nak menan’gis”
“Kenapa ak se’bak tgk wanchai ngs..”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, ohmymedia
[2] Gambar, shuibsepahtu, ryanfahmibakery
[3] Video, shuibsepahtu