(Video) “Sοrry cakap tak pakai brék…” Perkongsian Penghijrαhαn Neelofa Buat Peminat Kαgum

Bersempena Awal Muharam baru – baru ini, selebriti Neelofa dijemput dalam rancangan temu bual Wanita Hari Ini untuk membincangkan topik penghijrahan. 

Menariknya kisah penghijrahan Neelofa, bermula dengan berhijab pada tahun 2014 dan kemudiannya mengenakan purdah sepenuhnya setelah mendirikan rumah tangga. 

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Neelofa bercerita bagaimana dirinya terus istiqomah dalam meneruskan perubahan dalam dirinya ke arah kebaikan. 

“Sor’ry cakap tak pakai br’ek. Terima kasih Wanita Hari Ini atas jemputan.  

“Sekadar perkongsian peribadi saya tentang pengertian Mall Hijrah dari sudut pandangan seorang wanita, anak, isteri dan ibu.  

“Harap apa yang dikongsikan dapat sama – sama dimanfaatkan, insyaAllah,” kapsyen Neelofa. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet suka akan perkongsian dan kisah disebalik perubahan Neelofa. 

“Lawanyaa ummi Bilal ni. Best sngt dgr perkongsian lofa kmrin, penuh pengisian & mmberi inspirasi. As always” 

“10kali dgr 10kali xpuas .. best dgr lofa ckp. Sarat dgn pgajaran.” 

“Tahniah. Semoga menjadi contoh umat islam muslimah yg lain. Amin” 

“Very inspiring, semoga terus memberi contoh yg baik” 

“Alhamdulillah..tahniah Lofa..dh berhijrah ke arah yg lebih baik” 

“Laju n padat,, faham apa yg nk Di sampaikan .. tq” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar,  whitv3, neelofa

Video, neelofa

Leave a Reply

Your email address will not be published.