
Umum mengenali pemilik nama penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza seorang yang berbakat besar dalam bidang nyanyian.
Seorang yang peramah dan lemah lembut setiap kali berinteraksi dengan peminat membuatkan beliau digemari ramai.
Selain menyanyi, Datuk Siti juga seorang ahli perniagaan dan baru – baru ini beliau ada memberi ucapan dalam majlis usahawannya.
Menerusi ucapan tersebut beliau ada bercerita mengenai pengalamannya bersedekah kepada seseorang yang dalam kesusa’han.
“To’longlah cik… to’longlah cik. Saya memang ada bawa dompet tetapi saya rasa masa bawa motosikal mungkin terj’atuh. Saya perlukan sangat duit. Saya perlu RM50 saja untuk isi minyak.
“Saya nak cucuk duit kat mesin atm pun tak boleh, kad tak ada. Saya betul – betul tengah su’sah… saya ta’han kereta lain, mereka ingat nak pau.
“Jadi saya tak fikir lama, terus bagi dekat dia. Saya bagi RM 100, alhamdulillah esok tu saya dapat RM100, 000. Rezeki saya… bila kita percaya dan yakin, Allah akan bagi dengan mudah.
“Itu adalah signal Allah kepada saya. Saya bersyukur sangat kejadian itu berlaku kerana Allah bagi peluang untuk saya bersedekah,” cerita Datuk Siti.
Video tersebut dikongsi oleh seorang pengguna TikTok @cikjan88 dan ditonton oleh lebih 70 ribu orang serta mendapat 4000 tanda suka.
“Hebatnya kuasa sedekah by Dato’ Siti. Bagusnya Tok Ti ni dia tak pernah bersang’ka bu’ruk dengan orang… sebab tu la rezeki dia tak pernah pu’tus sampai sekarang,” kapsyen CikJan.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet bersetuju dengan perkongsian tersebut serta ada yang bercerita mengenai pengalaman masing – masing.
ALLAH bagi kemewahan pada Tokti untuk membantu org lain … Alhamdulillah
Masyallah, ajaibnya sedekah kn. org minta tolng jgn kita persiakn.
Syukur alhamdulilah..semoga murah rezeki…selalu.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, ohbulan
[3] Video, @cikjan_88