
Pada tanggal 20 Mei lalu pelakon Anzalna Nasir telah selamat melahirkan anak lelaki kedua dan diberi nama Mohamad Emirhan.
Selepas tujuh hari, Anzalna mende’dahkan wajah puteranya kepada para peminat di laman Instagram miliknya.
Memasuki usia dua bulan lebih, wajah Emirhan kini seakan anak mat salleh dengan kulit putih dan rambut keperangan.
Anak sulung Anzalna tidak kurang hensem juga dengan rambut uniknya iaitu Mohamad Eidress yang kini berusia dua tahun.
Menerusi perkongsian terbaharu, Anzalna dilihat sedang menyorong Emirhan yang berada di dalam kereta bayi.
Apa yang mencuit hati adalah komen yang diberikan oleh adiknya yang juga seorang pelakon iaitu Afifah Nasir.
View this post on Instagram
“Anak mat salleh mana kau cvlik tu?..” tanya Afifah.
Menjawab pertanyaan adiknya, Anzalna membalas dengan nada bergurau.
“Hahaha dah ha’bistu mak dia macam mana pulak,” balas Anzalna sambil meletakkan emoji lucu diakhir ayat.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet memuji anak kepada Anzalna seperti anak Sultan Turki dalam drama.
“Wow hurrem sultan”
“Bila si mama angau dgn Turk films”
“Errmmmm…comel n gebuu”
“Comelnya kt dalam tu”
“Auto tringat anak sniri, hurrem aisyah”
“Kene dgn lagu si anak …turkish baby”
Sekadar info dan smeoga bermanfaat.
Gambar dan video, anzalnanasir88