(Video) “Lidah tu pasaipa…” Gelagat Jebat Jayden, Anak Sharnaaz Ahmad Sekαli Lagi Tαrik Perhαtiαn Ramai

Setiap perkongsian anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden sentiasa mencu’ri tumpuan ramai dengan telatah comelnya. 

Jebat yang kini berusia empat tahun sudah pandai berceloteh dan membuat pelbagai gaya yang disuruh oleh ayah atau ibunya. 

Kemudiannya dimuat naik ke laman media sosial seperti Instagram atau TikTok disimpan sebagai momen bersama anak mereka.

Jika sebelum ini, Jebat sudah pandai meni’ru gaya babanya berlakon meskipun pelat, namun para peminat tidak jemu melihat gelagatnya. 

Terkini, menerusi Insta Story Sharnaaz, Jebat yang sedang makan sambil melayan lagu Tamil sekali lagi mencuit hati mereka yang menonton. 

Tambah melucukan, gaya menari Jebat diselitkan dengan menje’lirkan lidah membuatkan babanya geli hati. 

“Mampvih… anak Benggali ni.. Lidah tu pasaipa… tu Tamil,” ujar Sharnaaz sambil ketawa melihat gelagat anaknya. 

Video seperti di bawah:

Untuk makluman, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden. 

Kemudian, berce’rai pada tahun 2020 dan sehingga kini mereka berdua bergilir – gilir menjaga Jebat. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, ohbulan, sharnaazahmad, noornabila

Video, sharnaazahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published.