Kanak-Kanak 10 Tahun Digelar ‘Billionαir’ Termuda, Ini Kekαyααn Yang Dimilikinya

Kanak – kanak lelaki berusia 10 tahun yang berasal dari negara Nigeria digelar sebagai ‘bilionair’ termuda di dunia. 

Hal ini berikutan kanak – kanak ini yang bernama Muhammed Awal Mustapha atau Mompha Junior memiliki sebuah kereta dan rumah agam. 

Menurut laporan Daily Star, ketika Awal berusia enam tahun, dia dihadiahi rumah agam pertama dan juga memiliki banyak wang simpanan. 

Selain itu, asetnya dikatakan bernilai lebih 12 juta pound sterling bersamaan RM 65.1 juta iaitu lebih 6 billion dalam Naira Nigeria. 

Awal merupakan anak tunggal kepada bintang internet Ismailia Mustapha (Mompha Senior) dimana dia meraih pendapatan melalui perniagaan pertukaran wang di Lagos sebelum beralih ke pelaburan. 

“Memiliki rumah sendiri adalah salah satu perasaan terbaik yang pernah ada. Ia tidak dapat digambarkan dengan kata – kata, ia tidak boleh diukur dengan wang. 

“Rasa kehidupan seharian berbaloi. Ia meyakinkan anda bahawa selepas semua suka dan du’ka anda mempunyai tempat untuk pergi. 

“Tempat yang tidak akan pernah menilai anda dan sentiasa menjemput anda dengan tangan terbuka. Tahniah anak saya atas rumah baharu awak.  

“Hadiah hari ulang tahun kelahiran kamu daripada ayah. Tuan tanah termuda yang memakai Gucci dan masih memiliki sebuah rumah,” ucapan Mompha Senior kepada anak tunggalnya. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohbulan

[2] Gambar, mompha.junior

Leave a Reply

Your email address will not be published.