
Tanggal 3 Julai 2022, isteri kepada Youtuber terkenal dan juga pengarah muda Syahmi Sazli iaitu Anissa Faizul selamat melahirkan anak kedua.
Syahmi berkongsi berita gembira kepada umum dengan berkongsi foto anaknya ke laman media sosial.
Semalam, genap sebulan usia puteranya yang diberi nama Khabib Umar sesuai dengan kecomelan anak mereka berdua.
Selain itu juga, Anissa ada memuat naik beberapa keping foto mereka sekeluarga ke laman media sosial seperti Instagram dan juga Facebook.
Dalam pada itu, Anissa juga menitipkan doa buat anak lelakinya supaya membesar menjadi anak yang soleh serta adik yang baik untuk kakaknya.
“Assalamualaikum aunties & uncles. Esok Khabib Umar dah cukup sebulan, doakan Khabib Umar sentiasa diberikan kesihatan yang baik & menjadi anak yang soleh untuk ibu & baba.
“Termasuklah menjadi adik yang tersangat baik untuk kakak, Ainul Mardiah.
“Semoga Allah swt merahmati & taburkan kebahagiaan dalam keluarga kami selamanya,” ucap Anissa.
Cepatnya dah sebulan Khabib Umar Syahmi 😍
ctto: Anissafaizul pic.twitter.com/OpdUIdefrU
— video viral (@viralv297) August 4, 2022
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut mendoakan kesejahteraan buat Anissa sekeluarga.
Selain daripada itu, mereka juga berpendapat anak lelaki kali ini membesar menyerupai ibunya.
“Mashaallah tabarakallah, semoga membesar dengan sihat & menjadi anak yg soleh aamiin”
“Alhamdullillah…aamiin… Sebijik muka mi”
“Kembar baba sngt ni hehehhe cumeyy”
“Mashallah tabarakallah..semoga membesar dgn sihat dan menjadi anak soleh ibu dan baba khabib”
“Comelnya khabib. Semoga slalu menjadi permata ibu baba syg”
“Cutenya baby..muka ibu ni”
Sekadar info dan semoga bermanfaat,
Gambar, syahmisazli, anissafaizul
Video, anissafaizul