(Video) Ryan Bakery ‘Belαnjα’ Lagu Ketika Rehearsαl Sepahtu Reunion, “Mαcαm-mαcαm boleh eh si mat Ryan” ni”

Rezeki datang mencurah – curah kepada seorang ‘content creator’ Ryan Bakery yang bermula hanya dengan suka – suka sejak kehi’langan kerja. 

Setiap konten yang dibuat olehnya sangat menghiburkan mereka yang melihat dan sangat dekat dengan situasi yang sering dialami oleh kebanyakan mereka. 

Bermula dengan gandingan bersama pelawak terkenal Shuib Sepahtu dalam mempromosikan minuman pencuci mulutnya. 

Kini Ryan sedang sibuk menghadiri jemputan pelbagai rancangan seperti Mele’top, temubual bersama radio Sinar FM dan juga bakal muncul dalam rancangan lawak Sepahtu Reunion. 

Setiap sesebuah persembahan sepastinya akan ada sesi ‘rehearsal’ bagi memastikan sesebuah persembahan berjalan dengan lancar. 

Bukan sahaja Ryan seorang yang pandai melawak dan berlakon, malah dia juga boleh menyanyi. 

Menerusi perkongsian akaun TikTok @sepahtureunionlive, memperlihatkan Ryan sedang berlatih menyanyi lagi. 

Membawakan lagu rock kumpulan Olan dengan tajuk ‘Kenangan Semalam’, Ryan sememangnya seorang yang serba boleh. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet memuji bakat yang dimiliki oleh Ryan yang disifatkan sebagai seorang ‘multitalent’. 

“Mmg talented la bang @ryanbakery lawak boleh nyanyi boleh… superbbb” 

“Cantik btol Allah susun perjalanan career dia.Satu per satu rezeki mendatang.Semoga terus maju jaya bang Ryan. Resspeckkkk!” 

“Mcm2 boleh eh si mat ryan ni” 

“Perghhh boleh pegi jauh lg .. semua dia tapauuu” 

“@ryanbakery ni dgn azzan kumpulan scan ni Ada sangkut Adik beradik ka? Muka sama oiii serious sama,, kau di pak’sa aku terpak’sa” 

“Awak memang layak berada di pentas ini tahniah@𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮 ..moga truskan hiburkan kami ..” 

Sekadar info dan smeoga bermanfaat. 

Gambar, ryanfahmibakery, @sepahtureunionlive, shuibsepahtu

Video, @sepahtureunionlive

Leave a Reply

Your email address will not be published.