(Video) “Bilal pun ikut nyanyi tu…” Peminat Teruja Dengαr Suara Bilal Ketika Neelofa Sedαng Live

Baru – baru ini be’kas pengacara Neelofa dan suaminya iaitu Harris Ismail atau mesra dipanggil PU Riz ada membuat siaran langsung menerusi akaun TikToknya. 

Pelbagai ragam mereka berdua dapat dilihat memandangkan PU Riz baru belajar menggunakan ‘live’ TikTok. 

Sebelum ini mereka hanya bersiaran langsung menerusi akaun Instagram, kini beralih ke aplikasi TikTok pula. 

Menerusi siaran langsung tersebut, mereka bergandingan dengan penyanyi lelaki iaitu Sufian Suhaimi. 

Apa yang mencu’ri tumpuan wargamaya adalah ketika Sufian dan PU Riz mendendangkan lagu Di Matamu, ada suara latar si cilik. 

Jelas kedengaran suara Bilal, anak kepada Neelofa dan PU Riz yang kini berusia enam bulan kemungkinan berada disamping umminya. 

Meskipun hanya mendengar suara Bilal sudah membuatkan peminat Neelofa teruja walaupun tidak menunjukkan wajahnya. 

Menerusi perkongsian semua oleh peminat Neelofa iaitu @seorangnur, jumlah yang menonton live mereka bertiga mencecah sehingga 11 juta tontonan. 

Untuk makluman, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pda 29 Januari lalu, Muhammad Bilal. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, neelofa

Video, @seorangnur

Leave a Reply

Your email address will not be published.