
Nama Ryan Bakey semakin menjadi sebutan ramai setelah satu demi satu kejayaan berjaya dikecapinya.
Baru-baru ini, Ryan sekali lagi mendapat pujian peminat, apabila berjaya membawakan wataknya dengan baik dalam Sepahtu Reunion Live.
Mana taknya, Ryan dilihat tidak ke’kok membuat lawak dan sangat bersahaja, malah ditambah pula dengan kehadiran sahabatnya Wan Chai untuk memeriahkan suasana.
Mengulas mengenai persembahannya di Sepahtu Reunion, Ryan memberitahu dia tidak diberi skrip dan hanya membawakan watak mengikut situasi sahaja.
Menurut Ryan, ini merupakan caba’ran baru buat dirinya kerana perlu berlakon secara spontan ketika ‘live’
“Hari yang luar biasa. Aku diberi peluang berganding dengan @sepahtureunionliveofficial Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.”
“Apabila kau tidak diberi skrip dan hanya bergantung kepada situasi yang diberi. Caba’ran baru buat aku bila bermain secara spontan di pentas secara siaran langsung.”
“Dengan kehadiran penonton yang ‘sporting’ luar biasa! Penonton dirumah juga ramai yang tag saya dekat story. Tak mampu nak repost satu persatu. Saya hargai diatas sokongan semua. Terima kasih @sepahtureunionliveofficial kerana percaya pada kebolehan saya yang tak seberapa ni.”
“Sedikit sebanyak dapat mengajar saya bagaimana bermain dipentas. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
View this post on Instagram
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet bangga dengan pencapaian Ryan Bakery, dan ramai juga yang mendoakan dia agar terus berjaya.
aku pe’lik..wancai tu x ckp ppe pun dh kelakar..suh dia berlakon jd batu pun, knfom org dh gelak
tak boleh blah dia punya sorak time dia masuk tu dah nak dekat 5 minit. betul betul phenomenal ko ni bang. syukur rezeki abang kat industri ini
Boleh pegi jauh ngan wanchai..dua dua ade kelakor tersendiri bile dah dapat platform ngan sepahtu, InsyaAllah next step confirm akan ade rezeki berlaku, show & sebagainya
Pulangkan budak bedak capok2 kami!!! . Moga terus sakses utk adik2 berdua
Sekadar perkongsian dan terima kasih.
Sumber:
[1] Rujukan, Instagram Ryanfahmibakery