
Sejak kebelakangan ini, nama tiktoker terkenal, Ryan Bakery sering menjadi sebutan ramai.
‘Content’nya yang berasaskan zaman kanak-kanak dan zaman persekolahan mampu membuatkan orang ramai mengimbau zaman kanak-kanak dulu.
Untuk dua bulan kebelakangan ini sahaja, dia dijemput menjadi tetamu untuk program MeleTOP, hadir ke konti stesen radion dan mampu menjadi model BubbleBee Shuib.
View this post on Instagram
Dan baru-baru ini, dia dijemput untuk berga’bung dengan kumpulan lawak terkenal, Sepahtu bersama rakannya, Wanchai.
Hasil ga’bungan itu membuatkan ramai tidak kering gusi menyaksikan lawak spontan mereka dalam rancangan Sepahtu Reunion Live.

Terbaru, nama Ryan Bakery sekali lagi menarik perhatian dengan perkongsian seorang penguna Tiktok, yang bernama @ummu_tsuwaibah.
Menerusi video itu, kelihatan seorang wanita cuba ‘mengambil’ 2.5 juta pengikut Ryan Bakery di aplikasi Tiktok rasminya.
Hasil cu’rian itu meyebabkan pengikut Ryan tinggal kosong, tetapi Ryan Bakery sempat ‘mene.gur’ wanita itu dengan ucapan seperti berikut:
“Aii sikit sikit dahlah” jawab Ryan Bakery selepas pengikutnya ‘dicu.ri’.
Seterusnya, wanita itu seolah-olah memohon maaf dan mengembalikan pengikutnya tetapi hanya 2 juta sahaja.
Meninjau ke ruangan komen mendapati, rata-rata netizen memuji kehebatan dalam menyunting video itu.
“Sis husna power editing..teruskan content lain yang luar biasa”
“Sikit sikit dah la…100k hantar dekat saye”
“Nasib baik curi follower ryan … kalau cu’ri follower bella .. kena punggai helmet laa kak”
“Hahhahahah. Sampi tinggal telur ye. Kreatif betul ni. Terhibur tengok”
“Mehhhh share sikit kt kita macam senang nau jekkk ye amek gituuu”
Sumber:
[1] Rujukan dan gambar utama, Tiktok @ummu_tsuwaibah