
Sharnaaz Ahmad merupakan seorang pelakon lelaki yang berbakat dan sering membawakan watak utama dalam sesebuah drama.
Mula popular dengan watak ‘Abang Jebat’ dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, bersama pelakon wanita cantik Nelydia Senrose.
Sharnaaz juga mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Jebat Jayden hasil perkahwinan bersama Noor Nabila dan kini berusia empat tahun.
Gelagat Jebat sering kali mencuit hati wargamaya setiap kali ibu atau ayahnya berkongsi berkenaannya di media sosial.
View this post on Instagram
Telatah comel serta kepetahannya ketika berbua bersama ibu dan ayahnya membuatkan ramai ‘ge’ram’ selain mengikuti setiap perkembangan Jebat.
Terbaharu, perkongsian Sharnaaz berkenaan Jebat sekali lagi mencu’ri tumpuan ramai dengan gelagat comelnya.
Menerusi perkongsian tersebut, Jebat dilihat sedang bergaya seakan hero filem dengan mimik muka yang mencuit hati.
“Test memek muka… amacam? Lulus tak?” tulis Sharnaaz yang meminta anaknya membuat memek muka seperti pelakon ta’mil.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur dengan telatah Jebat yang cuba untuk menjadi pelakon seperti babanya.
“Hahahahha hero ta’mil paling win !”
“Dah besarr jadii Pelakon no 1 ni bang, kompom”
“Alahai..dgn hidung ikut sekli knpe.”
“Tgk sharnaaz nmpk muka jebat tgk jebat nmpk muka sharnaaz”
“Eeeeeiiyyy geramnya! Manja niiie sampai besaq manjaaa”
“Bijak sangat”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, sharnaazahmad
Video, @mamusharnaaz