
Nama Ryan Bakery mahupun WanChai kini sering disebut – sebut ramai sejak mereka muncul dalam rancangan lawak popular iaitu Sepahtu Reunion.
Bermula dengan mencipta video pendek melalui aplikasi TikTok dengan jumah tontonan boleh mencecah sehingga jutaan tontonan.
Setiap kali Ryan dan WanChai membuat siaran langsung, gelagat bersahaja mereka sering mencuit hati mereka yang melihat.
Perkongsian seorang pengguna TikTok @apit_first00 yang memuat naik semula rakaman ‘live’ mereka mencu’ri tumpuan ramai.
Mana tidaknya gelagat Ryan yang bercakap melalui telefon bersama buah hatinya sambil diperhatikan WanChai buat ramai geli hati.
Biasa lah orang sedang dilamun cinta, bercakap pun manja – manja membuatkan yang mendengar panas hati.
Ditambah pula apabila yang mendengar masih belum bertemu kekasih hati seperti WanChai.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur dengan gelagat mereka berdua yang ada – ada sahaja.
Tercengang member dkt blkg time dia kiss tuu
Member kat blakang tak puas hati dengan ciuman
Aku tengok banyak Kali pun Masih kelakar part cium ambik lajak tuuu… hahahahaa… X leh panjang LG ke?
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, shuibsepahtu, ryanfahmibakery
Video, @apit_first00