(Video) “InsyaAllah yang akan datang…” Kongsi Foto Majlis Ilmu, Neelofa Syukur Ramai Yang Hαdir

Neelofa sering mengadakan majlis ilmu and menjemput beberapa para ilmuwan untuk memberi tazkirah yang dianjurkan di rumahnya. 

Sentiasa mencari jalan dan gali ilmu agama untuk perubahan diri sendiri serta orang lain, kesungguhan Neelofa patut dipuji. 

Terbaharu, Neelofa sekali lagi mengadakan majlis ilmu khas untuk rakan – rakan selebritinya menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa. 

Majlis pada malam tersebut, khusus untuk para wanita sahaja dengan bertajuk Hijrah Cinta yang bertempat di sebuah premis acara di Damansara, Selangor. 

Perkongsian itu dibuat Neelofa menerusi Insta Story miliknya dengan disertakan beberapa keping foto serta video semasa majlis terebut berlangsung. 

“Majlis ilmu yang diadakan khas buat rakan – rakan artis , yang dahagakan ilmu – ilmu agama dengan izin Allah, alhamdulillah syukur. 

“Ramai lagi rakan artis yang ingin hadir, insyaAllah event yang akan datang,” tulisnya. 

Antara beberapa rakan artis yang turut menyertai majlis ilmu tersebut adalah Jasmine Suraya, Ika Nabella, Amyra Rosli, Lufya, Kaka Azraff, Shima Anuar dan ramai lagi. 

Rata – rata mereka turut berkongsi foto bersama – sama dan memuat naik ke laman media sosial dengan berterima kasih kepada Neelofa atas jemputan tersebut. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mediahiburan

[2] Gambar, neelofa

[3] Video, neelofa

Leave a Reply

Your email address will not be published.