
Umum mengetahui Datuk Seri Siti Nurhaliza memiliki suara yang merdu dan menjadi halwa telinga pendengar. Mula menceburi bidang nyanyian sejak remaja lagi, kini pencapaian Datuk Siti boleh dibanggakan rakyat Malaysia.
Meskipun Datuk Siti sudah bergelar seorang penyanyi professional, namun beliau masih mengikuti kelas vokal bagi memantapkan lagi suaranya.
Itulah rutin Datuk Siti setiap kali sebelum melakukan sebarang persembahan bagi memastkan kualiti persembahannya terbaik.
Sebelum ini, kita pernah melihat video Datuk Siti menyanyikan sepotong lagu dengan bersahaja, namun masih sedap didengar.
Terbaharu, Datuk Siti ada berkongsi video beliau sedang membuat latihan vokal di sebuah studio rakaman.
“Hari ini saya nak belanja nyanyian lagu ‘Azizah’ sewaktu latihan pertama kali bersama @aubrey_suwito. Apa yang saya bayangkan idea saya untuk lagu ini Aubrey terjemahkan dengan baik sekali.
“Cuma waktu latihan ni bunyi muzik tidak sempurna lagi.. Sekali sekala belanja yang raw material ni best jugak.. So semoga terhibur,” tulis Datuk Siti.
Dalam pada itu, Datuk Siti sempat berseloroh dengan membuat kapsyen yang mencuit hati memandangkan kamera telefon merakam dari bahagian ba’wah.
“Ma’afkan saya kamera nampak lobang hidung & double chin ye.. Nikmati suara saya dah la,” tambah Datuk Siti.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur dengan dengan suara Datuk Siti yang memu’kau.
“Bagusnya Dato ct ni..masa latihan pun buat ha’bis-ha’bisan.sentiasa beri yg terbaik..”
“Mcm te’lan mic tok ti..sedap”
“Sedap dan xpuas haha ulang2 sampai le’bam Bergitulah fadz hahaha”
“Kalau Dato Siti tutup camera pun kami layan la”
“Yay, mcm ni la best kak iti.. Selalu2 la share video nyanyi & practice.. Kami suka”
“Aduuhh.asyik..tk sedaq..lewat dah amik ank….nnt dgaq lagi,”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, ctdk
Video, ctdk