(Video) “Kalau tengok gambar memang meléléh air mata…” Ernie Zakri Terpαksα Tinggαlkαn Anak Demi Kerja

Pasangan penyanyi popular Ernie Zakri dan Syamel kini bahagia melayari bahtera perkahwinan ditambah dengan kehadiran cahaya mata pertama. 

Rezeki mereka semakin murah setelah kehadiran Nur Khawla Soleha yang kini berusia enam bulan. 

Meskipun sibuk dengan persediaan konsert berskala besar yang akan diadakan bulan Oktober nanti, namun itu bukan pengha’lang untuk mereka menumpukan kasih sayang mereka kepada anak mereka. 

“Ti’pu kalau saya kata tidak se’dih setiap kali keluar bekerja. Tidak lama lagi pun saya akan ke Bandung dan Jakarta, Indonesia untuk rangka promosi Hal Hebat di sana. 

“Memikirkan nak ting’galkan anak enam hari pun sudah cukup buat saya rasa se’dih, kalau tengok gambar memang mele’leh air mata. Khawla pun dah pandai macam – macam sekarang. 

“Pada masa sama, saya rasa bersyukur kerana Syamel banyak membantu kalau dia berkelapangan. 

Biasanya jika saya perlu keluar bekerja, ibu saya akan datang untuk membantu menjaga Khawla juga,” luah Ernie. 

Menurut Ernie, dia ke Indonesia bagi mempromosikan single Hal Hebat berkolaborasi bersama kumpulan dari sana iaitu Govinda. 

Dalam pada itu, Ernie dan Syamel juga bersyukur dengan perto’longan daripada ahli keluarga serta pembantu yang menjaga anak mereka dengan setulus hati. 

“Sejujurnya bila memikirkan Khawla bersama pengasuhnya pun sudah buat saya tak tentu arah. 

“Fikir dia tengah buat apa, senyuman dia, tetapi bila di rumah, kami pastikan dia sepenuhnya bersama kami. 

“Harapnya bila besar, Khawla faham kerja daddy dan ibunya,” ujar Syamel. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mediahiburan

[2] Gambar, erniezakri, nkhawlasoleha, ThinkerStudiosOfficial

[3] Video, erniezakri

Leave a Reply

Your email address will not be published.