Baru Berusia 9 Tahun Dah Ada 30 Juz Dαlαm Kepala, Datuk Kongsi Rutin Hariannya Yang ‘Luαrbiαsα’

Sejuk perut ibu mengandung, perumpamaan dapat digambarkan dengan seorang anak kecil ini yang sudah menghafal al-Quran sejak kecil. 

Meskipun baru berusia 9 tahun, namun sudah berjaya menghafal 30 Juz Al – Quran dan menunjukkan minat sejak berusia 4 tahun lagi. 

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook Mohd Ibrahim, dia menceritakan rutin harian adik Haikal Firdaus yang dijaga oleh datuk dan neneknya. 

Gambar Hiasan

“Adik ni bernama Haikal Firdaus. Berumur 9 tahun dan berasal dari negeri Johor. Kelebihan dia ialah 30 Juz Al – Quran dalam kepala. 

“Beliau dijaga oleh datuk dan nenek, orang tanya datuk dia, sejak bila adik Haikal ni mula hafal Quran dan bagaimana cara didik dia nak suruh rajin hafal Quran? 

“Jawapan yang diberikan oleh datuknya begitu inspirasi. ‘Cucu saya mula menghafal Al – Quran sejak berumur 4 tahun dan cucu saya juga perangai dia ni lain dari kanak – kanak yang lain.  

Gambar Hiasan

“kami tak pak’sa dia hafal Al – Quran tapi semua ni kehendak dia sendiri,” cerita datuknya. 

Bercerita lebih lagi, dia juga memaklumkan rutin harian adik Haikal dalam menghafal Quran. 

“Bangun pada 5 pagi, ambil wudhuk dan solat, lepas solat dia baca al – Quran satu Juz hingga masuk waktu Subuh. 

“Waktu pagi pergi sekolah agama lepas waktu sekolah pada waktu petang dia hafal Hadis 40. Tapi kalau waktu cuti sekolah dia gandakan bacaan al – Quran setiap hari 4 Juz,” tambahnya lagi. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, keluarga

[2] Gambar, theasianparent, himpunan ceramah dan doa islam

Leave a Reply

Your email address will not be published.