(Video) Puαs Ajar Panggil Gelaran Ibu, Gelagat ‘Bersahaja’ Fahri Panggil Dayah Bαkαr Dengan Nama Ini Cuit Hati Ramai “Tutu Dayah…”

Anak kepada pengaca Dayah Bakar sering kali mencuit hati ramai dengan gelagat comelnya setiap kali ibunya berkongsi ke laman media sosial. 

Dilahirkan pada 17 Ogos 2020, genap usia Muhammad Achbar Fahri dua tahun pada hari ini. 

Sebelum ini pelbagai gelagat lucu Fahri yang dimuat naik ke laman Instagram mahupun menerusi aplikasi TikTok menjadi tumpuan ramai. 

Meskipun masih belum lancar dan sedikit pelat percakapannya, namun Fahri sudah pandai menyebut perkataan yang mudah – mudah. 

Terbaharu, sempena usia anaknya bakal meninjak ke dua tahun, Dayah ada berkongsi video dimana anak sulungnya memanggil dirinya. 

Apa yang melucukan, meskipun Dayah sudah beberapa kali mengajar anaknya untuk memanggilnya ibu, namun Fahri masih dengan sebutannya tersendiri. 

Mana tidaknya, memanggil ibunya seperti memanggil kawan, Fahri memanggil Dayah dengan namanya buat ramai terhibur. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut geli hati dengan gelagat Fahri. 

“Tak tahu nak react apee. Nak gelak tapi macam ku’rang ajar pulakkk, aduh fahri comellaaaaa” 

“Ni mesti kat rumah org pgil dayah selalu ank2 akan ikut ape pgilan ibu dia di rumah” 

“Hehe,,anak bertuah ni,,panggil ibu die dayah jehh,,kemain ye awak fahri,,comel sgt ni” 

“Adoi la anak oihhh..kita kat Malaysia nak..bukan obersea main panggil nama je..Ibu tu nak oihhh” 

“Tuu panggil mcm panggil kawan dia ja” 

“Dayah trus dia pagil.. adoiii trgelak acik dik oi.. comel aih” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, dayahbakar, komedimedia

Video, @dayahbakar

Leave a Reply

Your email address will not be published.