
Anak – anak adalah penyeri sebuah keluarga selain pengibur serta penyejuk mata kepada kedua ibu bapa.
Seperti keluarga bahagia Dato’ Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani bersama tiga anak mereka iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Anak bongsu mereka, Yunos lahir pada tahun lalu sama tarikh ulangtahun kelahiran Dato’ Yusry iaitu pada 15 Jun.
Setiap perkongsian Datin Lisa atau Dato’ Yusry berkenaan anak mereka sering menjadi tumpuan ramai dengan mempunyai peminat tersendiri.
Lebih – lebih lagi anak perempuan sulung mereka, Yahaira kini membesar cantik seperti ibunya Datin Lisa.
Anak perempuan pasangan ini menjadi tumpuan ramai apabila Dato’ Yusry berkongsi beberapa keping foto mereka melawat zoo.
View this post on Instagram
Rata – rata warganet memuji kecantikan anak perempuan Datin Lisa yang dipanggil dengan panggilan manja Yong.
Selain itu, peminat turut senang melihat keluarga bahagia ini selain mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, yusryabdhalim, lisasurihani