
Memiliki sebuah persahabat yang baik juga satu anugerah yang tak ternilai yang akan dikenang sampai bila – bila.
Lebih – lebih lagi kawan sejak dibangku sekolah dimana sahabatlah yang akan berada disamping kita ketika di sekolah.
Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu Sylvester Ronny dimana dia berkongsi beberapa keping foto seorang kanak – kanak membantu rakan istimewanya.

Menurutnya, dua orang rakan sedang membantu kawan kelainan upaya membuka tali pinggang untuk ke tandas.
“Selepas waktu rehat, semasa menuju ke kelas saya terserempak dengan 3 sahabat ini (Murid tahun 1). 2 orang rakannya tengah membantu untuk membuka tali pinggang kerana ingin membu’ang air.
“Murid ‘J’ ini sememangnya istimewa. Dia adalah be’kas murid saya di prasekolah. Dia masih tak pandai mengurus diri sendiri. Bahkan semasa Tahun 1, dia masih lagi menggunakan pampers.
“Tapi mungkin hari ini dia tak guna pampers. Percakapan dia pun tak berapa jelas (agak slow). Tapi yang membuatkan saya bangga dia mempunyai ramai kawan di dalam kelas yang cukup prihatin dengan dia.
“Bahkan kawan-kawan dia sanggup to’long dia beratur untuk ambilkan makanan RMT di kantin sekolah. Dia juga seorang yang sangat peramah walaupun dia agak lain daripada murid yang lain.
“Pendek kata, rakan yang sekelas dengan dia semua memberikan perha’tian kepada dia walaupun mereka masih di usia 7 tahun.
“Kawan dia itu lah yang tolong bukakan tali pinggang dan juga kemaskan semula baju dia bila dah siap. Selepas itu mereka pimpin tangan balik ke kelas semula sambil ketawa riang,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata bangga dengan persahabatan mereka selain memuji didikan ibu bapa mereka.
“Tahniah pd ibu bapa pd anak2 ini kerana telah mendidik sifat empati dan peduli dlm diri mereka . Alhamdulillah semoga menjadi anak2 yg berjaya dan bersahabat selamanya”
“Anak² ini membesar dr persekitaran yang menunjukkan contoh yang baik²…itu sbbnya mereka menuai keharmonian dari kecil lg..syabas anak² serta ibubapa anak² ini”
“Hasil daripada didikan ibu bapa serta guru yg baik.”
“Baiknya semua kawan2 nya syg dan perhatian sama kawan terutama adik yg tolong pasangkan tali pinggang nya baik betul budak tu”
“Beruntungnya ‘J’ dapat sahabat2 yang baik sebegini.. tahniah kpd ibubapa kawan2nya yg bg didikan trbaik.. *sebak* hugs”
“Sahabat sejati akan disimpan di dlm hati dan akan dikenang hingga ke akh’ir hayat.. Moga jd teladan pd yg lain insyallah aminnn”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, majalahpama