(Video) “Khutbah nikah tulus ikhlas dari hαti abah…” Datuk Dr. Haji Zulkifli Menαngis Sampaikan Khutbah Nikαh Majlis Anak Sendiri

Menjadi seorang juru nikah sudah menjadi kebiasaan untuk membaca khutbah nikah kepada pasangan pengantin sebelum akad nikah berlangsung. 

Namun bagi seorang yang bergelar bapa dan membacakan khutbah nikah sepastinya akan hadir perasaan bercampur baur seperti se’dih, gembira, hi’ba serta terharu.

Hal ini turut dirasai oleh tokoh ulama negara, Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika majis pernikahan anak sulungnya iaitu Mohammad Hasanain dan pasangan, Nurul Azzlina Nabilah. 

Menerusi perkongsian video pernikahan anak lelakinya, Datuk Dr. Haji Zulkifli sendiri mengaku agak su’kar untuk mempersiapkan diri di majlis pernikahan anak sendiri meskipun di acara pengantin lain sebelum ini lancar. 

“Biasanya khutbah nikah, saya lancar.. Tapi oleh kerana anak saya sendiri hari ini, saya tak mampu,” ujarnya. 

Meskipun begitu, Datuk Dr. Haji Zulkifli tetap fokus dalam menyampaikan tika ilmu penting yang perlu dijadikan sebagai pedoman Raja Sehari. 

Perkongsian rakaman momen se’bak menjadi tular di setiap platform media sosial dimana rata – rata turut mengalami perasaan yang sama sebagai ibu bapa. 

Dalam pada itu juga, Datuk Dr. Haji Zulkifli turut menitipkan ucapan buat anakanda tercinta bersama pasangannya.

“Khutbah nikah, tulus ikhlas daripada hati abah. Moga Hasanain dan isteri, berbahagia hingga ke syurga,” tulis Datuk Dr. Haji Zulkifli.

Selain itu, mereka turut menitipkan ucapan tahniah kepada anakanda Datuk Dr. Haji Zulkifli dan pasangan selain mendoakan kebahagiaan mereka berdua. 

“Alhamdullillah. Tahniah Datuk sekeluarga dengan kehadiran ahli keluarga baru. Walau se’bak, ada rasa bahagia apabila khutbah disampaikan oleh ayahanda buat anakanda yang dikasihi” 

“5 minit yng cukup bermakna, yg mungkin terpahat di hati anak buat masa yang lama” 

“Alhamdulillah, moga diberkati mahligai yang dibina” 

“Alhamdulillah. Tahniah menerima menantu. Semoga kekal bahagia sehingga ke jannah” 

“Betapa be’rat utk mele’paskan anak yg berada dibawah lindungan kita kepada suatu tanggung jawab yg be’rat.. apabila mereka berkahwin. Tahniah ustaz sekeluarga dapat ahli keluarga baru. Barakallah” 

“Alhamdulillah. Tahniah Datuk…. Turut terasa se’baknya mendengar khutbah nasihat seorang ayah kpd anaknya.. semoga diberkati Allah kedua-dua pasangan” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar dan video, drzulkiflialbakri

Leave a Reply

Your email address will not be published.