(Video) Gelαgαt Fatima Lepas Selesai Mengαji Buat Ramai Terhibur “Part lαst tu suka tengok dia buat”

Pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura sudah semakin kerap berkongsi mengenai perkembangan, serta telatah anak sulung mereka, Nur Fatima Aisya.

Walaupun, baru berusia 1 tahun 10 bulan, Nur Fatimah Aisya sudah mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Malah, ada yang telah membuatkan akaun Instagram ‘Fan Page’ Fatimah untuk berkongsikan gelagatnya yang sentiasa mencuit hati para peminat.

Terdahulu, Fatimah menarik perhatian para peminat apabila Fazura berkongsikan yang Fatimah suka untuk mendengar azan. Disebabkan itu, Fattah mengambil inisiatif untuk memperdengarkan Fatimah dengan laungan azan dari Makkah yang boleh didengari di saluran YouTube.


Terbaru pula, Fatimah sekali lagi menarik hati peminat apabila dia dilihat belajar membaca Aliff Ba Ta bersama Fattah.

Walaupun usianya baru mencecah 1 tahun lebih, sebutan Fatimah yang jelas itu telah mendapat pujian dari kalangan warganet.

Tapi apa yang lebih menarik perhatian ialah, apabila Fatimah mengangkat ibu jari tanda ‘thumbs up’ setelah selesai membaca Aliff Ba Ta itu yang membuatkan ramai terhibur.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Fatimah yang comel itu, malah ada juga yang memuji Fattah kerana mengajar Fatimah untuk mengaji dari kecil lagi.

Masyaalah bijak nye baby Fatima Aisya niii dia cepat tangkap mcm da 2 tahun baru 1 year 10months saje kann love

Pandainye fatima alhamdulillah kecik² lg diajar mengaji..moga mnjdi anak solehah pabila dewasa kelak 1 hr nnti

bertuah fazura dpt ustaz Fattah…xkurang hebat bab agama

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Instagram Nur Fatima Aisya & Tiktok Fattah Amin

[2] Gambar Utama, HarsulHassan & Tiktok Fattah Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published.