
Penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti hari ini menyambut ulang tahun perkahwinannya bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang ke-16 secara sederhana sahaja.
Tokti, 43 dilihat memasak pelbagai hidangan termasuk asam pedas, ketam goreng, ikan asam goreng dan juga sambal udang petai untuk dihidangkan kepada Datuk K.
“Sempena anniversary, masak dirumah ja.”tulisnya menerusi perkongsian di Instagram Story.
Malah, Tokti juga ada memuat naik video menunjukkan gambar bersama suaminya ketika di awal perkahwinan sehinggalah mempunya dua cahaya mata.
“Alhamdulillah, #lifeiswonderful #16yearsandcounting #16yearsanniversary.” Tulisnya di halaman Instagram hari ini.
Untuk pengetahuan, cahaya mata pertama Tokti ialah Siti Aafiyah yang kini sudahpun berusia 4 tahun, manakala cahaya mata kedua ialah Muhammad Afwa yang baru berusia 2 tahun.
Perkongsian Tokti di Instagram telah dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan artis dan peminat Tokti sendiri.
Untuk rekod, Tokti berkahwin dengan Datuk Seri Khalid pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Happy anniversary to both of you moga berbahagia hingga ke jannah
Hepi anibeseri kak iti & DK.. may Allah grant u happiness for entire life.
Happy anniversary makiti semoga sentiasa in love dalam sakinah mawaddah dan rahmah sehingga ke jannah.AmiNn
Sekadar perkongsian dan terima kasih.
Sumber:
[1] Rujukan, Mstar
[2] Gambar Utama, Erin Sakura & Instagram Sati Nurhaliza
[3] Gambar 1, grid.id