
Pemilik nama Ryan Bakery kini sudah dikenali ramai sejak muncul bergandingan dengan pelawak terkenal Shuib Sepahtu.
Sering berinteraksi bersama peminatnya menerusi aplikasi TikTok dengan membuat siaran langsung secara solo mahupun berkolaborasi bersama orang lain.
Gelagat Ryan sentiasa menghiburkan mereka yang menonton dengan aksi spontannya yang melucukan.
Terbaharu, Ryan berpeluang berkolaborasi bersama pelawak lagenda iaitu Lan Pet Pet menerusi ‘Live’ TikTok.
Siapa yang tidak kenal dengan pelawak ini yang sering menghiburkan mereka sekitar tahun 90-an dengan kumpulan Senario.
Sepastinya gandingan mereka berdua serta seorang lagi pelawak Man Kulim nyata membuatkan mereka yang melihat tidak ke’ring gusi.
Rakaman tersebut dimuat naik oleh sa’lah seorang pengguna TikTok @makstoberi dimana kita dapat melihat secara langsung trademark Lan Pet Pet.
Rata – rata mereka yang melihat juga turut terhibur dengan gandingan mereka bertiga selain berpendapat Lan Pet Pet seorang yang suka menghiburkan orang lain.
“Spontan ja dia jadikan kepala man mic, kan dah berlumut kepala org tu”
“Lan pet pet ni suka menghiburkan org2 keliling..”
“Suka sangat tgok lan!! Humble gi’laaaa steady jeeee”
“Lan pet pet mmg terbaik semoga abg lah sehat selalu”
“Ryan n lan pet, yg lan tu dekah aku tgk die”
“Lan pet pet still best,bagus ryan jenis hormat org”
Sekadar info dan smeoga bermanfaat.
Gambar utama, @makstoberi
Gambar lain, jabnetizenegara, babab
Video, @makstoberi