Fazura Kongsi Cara Mendidik Fatima “Faz sendiri kαgum tengok perkembangan Fatima sekarang”

Proses membesarkan anak-anak memang su’kar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Apatah lagi jika kita baru bergelar sebagai ibu dan pastinya ingin memberikan yang terbaik untuk anak.

Sama seperti Nur Fazura yang yang turut mengakui bahawa tugas sebagai seorang ibu sememangnya menca’bar. Namun, dia tetap seronok kerana ingin melihat anaknya membesar menjadi anak yang baik dan soleha.

Untuk pengetahuan, anak kepada pasangan selebriti terkenal Nur Fazura dan Fattah Amin, iaitu Nur Fatima Aisya kini sudahpun berusia 1 tahun 10 bulan.

Menurut Fazura, dia menghadkan penggunaan gajet buat anaknya, dan hanya membenarkan Fatima mendengar lagu didikan atau nursery rhyme sahaja.

Malah, penggunaan gajet Fatima juga akan dipantau sama ada oleh Fazura sendiri atau suaminya, Fattah Amin.

Selain itu, Fazura juga meluangkan masa hujung minggu untuk membawa anaknya ke taman, atau ziarahi keluarga supaya Fatima merasa seronok berkawan, bermain dan belajar perkara baru.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


Bukan sahaja menitikberatkan penggunaan gajet, Fazura juga te’gas dalam pemakanan dan pemilihan susu buat Fatima.

“Faz sendiri kagum tengok perkembangan Fatima sekarang yang makin berkemahiran sosial. Contohnya, Fatima boleh memberi salam dan menyebut nama mama dan papa, pandai mengambil berat dengan memeluk mama serta sedara-mara. Semua perkembangan ini menunjukkan minda dan emosi Fatima berkembang pantas!” katanya.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Rotikaya

[2] Gambar, Instagram missfazura

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.