(Video) Amyra Rosly Sambut Hari Lahir, Sekαli Lain Pula Netizen Perαsαn “Wah, rαre kek dia”

Semalam, 24 Ogos merupakan hari ulangtahun kelahiran pelakon cantik Amyra Rosly yang ke 31. 

Dapat dilihat menerusi perkongsiannya di laman Instagram dimana rakan – rakan selebriti serta peminatnya mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. 

Keluarga Amyra juga sempat membuat keju’tan hari lahir kepadanya sempena hari kelahirannya dengan membawa kek serta jambangan hadiah. 

Dalam pada itu, suaminya yang juga seorang pelakon, Amar Baharin turut membuat keju’tan hari lahir kepada isteri tercinta. 

Menerusi perkongsian Amar di laman Instagram miliknya dapat dilihat mereka sekeluarga menyanyikan lagu ulangtahun kelahiran bersama. 

“Selamat Hari Lahir Sayang, @aamyrarosli Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan didunia dan diakhi’rat,” ucapan Amar. 

Namun apa yang menarik perhatian peminat adalah kek yang berada di atas meja sungguh unik dan jarang dilihat. 

Mana tidaknya, kek tersebut merupakan nasi lemak yang berbentuk bulat dan dihiasi dengan telur rebus serta sambal udang di atasnya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut menitipkan ucapan kelahiran serta doa buat Amyra sekeluarga. 

“Sedap plak kek nasi lemak udang” 

“Alhamdullilah. Sanah helwah sweet Amyra. Semoga sentiasa dlm lindungah Allah. Aamiin” 

“Happy birthday mira @aamyrarosli️, mata ni lebih tertumpu pada udang tu” 

“Wah rare kek nasik lemak udang, happy birthday amyra yg cantik” 

“Sedapnya kek nasi lemak udang tu. Happy Birthday @aamyrarosli” 

“Happy birthday kak amyra sayang semoga dipanjangkan umur , murah rezeki , sihat selalu , bahagia disamping keluarga & sentiasa dlm lindungan allah swt” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, amarbaharin, aamyrarosli

Video, amarbaharin

Leave a Reply

Your email address will not be published.