(Video) Vida Luah Hasrat Mahu Timαng Anak Lagi “Kalau saya dah bernikah mungkin dah ada baby sebesar Ziyad”

Penyanyi dan usahawan sensα’si Datuk Seri Vida meluahkan hasrat ingin menimang cahaya mata setelah 5 tahun bergelar ibu tunggal.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Vida sendiri melalui media sosial Tiktoknya beserta ‘caption’.

“Saya berharap dan berdoa diberi kesempatan serta peluang untuk timang cahaya mata. Kalau Allah mengizinkan. InsyaAllah.”

Dalam video tersebut, Vida juga dilihat berjumpa dengan anak angkat kepada bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli iaitu Ziyad.

“Saya pernah buat ujian kesuburan dan ternyata saya subur. Kalau saya dah bernikah, mungkin dah ada baby sebesar Ziyad.”

“Mungkin belum rezeki saya untuk menimang cahaya mata lagi. Perancangan Allah itu lebih baik. InsyaAllah kalau Allah izinkan saya untuk bernikah dan dapat timang cahaya mata, saya cukup gembira dan syukur.”

“Saya nak betul-betul fokus dengan kehidupan peribadi. Saya hanya mampu berdoa agar dipermudahkan. Amin” luah Datuk Seri Vida dalam video tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan Datuk Seri Vida agar dipertemukan jodoh dan supaya doanya dikabulkan.

Inshaallah dato.. Semuga Allah permudahkan urusan dtk berkahwen dgn iqbal dan dan semuga ada rezeku tmang cahaya mata bersama.. Dsv sihat tiada penya’kit

amiin. InsyaAllah kalo kte xbuat ape yg Allah mur’ka Allah turuti hajat kte. nikah la tokk

nampak keibuan DsV..penuh kasih syg…selalu telatah macam budak2..

suka tengok muka datuk sentiasa ceria dalam keadaan apa pon

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Tiktok @Datoserividaofficial

[2] Gambar, Instagram Dato Seri Vida

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.