Mona Allen Dedαh Nama Anak Lelaki Sulungnya “Dialah Pekin sebenαr…”

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim melahirkan rasa syukur dan gembira apabila isterinya yang juga seorang pelakon selamat melahirkan bayi lelaki pertama. 

Lahir pada tarikh yang sama dengan sambutan Hari Kemer’dekaan yang ke 65 , ramai rakan seebriti serta peminat turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. 

Meskipun begitu, menurut Pekin yang juga pelakon dan pengarah, dia berada disamping isterinya sepanjang proses bersalin dan merasa kasihan melihat Mona pada ketika itu. 

“Dari awal keluar, saya melihat proses itu. Dok’tor juga bagi kebenaran untuk saya memo’tong tali pusat bayi, cucikan bayi serta azankan dia di telinga,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Pekin juga memaklumkan Mona selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.39 pagi di Hospital Andorra dan dilahirkan secara normal. 

“Alhamdulillah, baik Mona mahu pun bayi kami, kedua – duanya berada di dalam keadaan sihat. 

“Paling tidak disangka bila bayi kami dilahirkan pada Hari Mer’deka. Rasa macam tidak percaya pula ia baby mer’deka. 

“Kalau hendak ikutkan tempoh bersalin Mona lambat lagi. Tapi, malam sebelum baby keluar, sekitar jam 9, saya terpak’sa hantar dia ke hos’pital. 

“kemudian dok’tor memberitahu bahawa dah sampai masanya Mona bersalin. Padahal sebelum, tak nampak pun sebarang tanda – tanda dia akan beranak. Dia (Mona) siap boleh sembang – sembang dan gelak – gelak. 

“Agaknya baby tu tak sabar nak keluar kot, sebab nak laungkan mer’deka,” tambahnya. 

Menerusi Insta Story Mona juga turut disertakan nama penuh anak mereka iaitu Petra Pekin Bin Mohd Iznan. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, majalahpama

[2] Gambar, mona.allen, pekin7words

Leave a Reply

Your email address will not be published.