(Video) Bapa Ini Lαung Azan Untuk Anak Lelakinya Sebelum Akad Nikah, Kisαh Disebαliknyα Buat Ramai Sebαk

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah yang dapat digambarkan dengan pengorbanan serta kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa kepada anak – anak mereka. 

Hari bahagia yang sepatutnya diraikan bersama dan merakam momen tersebut sebagai kenangan tidak dapat dilaksanakan oleh anak ini. 

Hal ini kerana bapa kepada pengantin lelaki iaitu Mustapa Kamal, 59 tidak dapat datang ke majlis akad nikah anaknya, Fahmi, 27. 

Meskipun tidak dapat hadir ke majlis bersejarah anak lelakinya, namun si ayah tetap memberikan semangat kepada anaknya dengan melaungkan azan sebelum berangkat. 

“Ayah betul – betul se’dih tak dapat temankan Fahmi. Masa kami dah standy dalam kereta ayah tiba – tiba panggil adik. Dia cakap dia tak boleh pergi dalam keadaan sebak. 

“Dia tak tahu saya rakam. Dia azankan macam dalam video tu sebab nak bagi semangat. Dia risau adik gu’gup waktu nak akad nikah.  

“Masa ayah azan tu ada saya, mak, adik dan nenek. Ayah asyik pegang dada masa laungkan sebab dada dia sa’kit sangat. 

“Lepas azan, Fahmi terus peluk ayah dan mak. Ayah sempat pesan suruh dia selawat banyak – banyak sebelum akad tu. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Adik lafaz nikah tu dua kali saja. 

“Saya, ibu dan bapa saudara semua ada masa adik akad nikah tu. Kami tak nak dia se’dih mak dan abah tak dapat pergi. Famili pula memang jenis rapat. Susah senang memang kami semua bersama,” cerita kakak kepada pengantin. 

Tambah Azie lagi, ayah mereka baru sahaja menerima rawa’tan di unit rawa’tan rapi (ICU) Hos’pital Jengka, Pahang dan masih dalam keadaan le’mah. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut se’bak melihat situasi yang menyentuh hati mereka.

“Bila berkaitan psl mak ngan abah, pasti air mata mengalir… semoga kedua ibu bapa kita dikurniakan kesihatan yg baik2.”

“Aku blh tahan airmata bab lain..tp soal mak ayah aq ka’lah …wei asal se’dih sgt”

“Allahhu Rabbi… moga Ayah cepat semboh dan sihat sperti sedia kala… rindunya Jue dgan bapak (Allah syg bapak Jue)… sedih dgr azan ayah awak…”

“Semoga abah sis kembali sembuh, tahniah kepada adik sis, selamat pengantin baru.. auto airmata mngalir”

“Aku tak blh klu bab Org tua nie mmg tak terta’han nan’gis semoga kedua syurga awak sentiase sihat Dan dlm lindungan Allah S.W.T Amin”

“Semoga pakcik cepat sihat..dan dipermudahkan segala urusan”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mstar

[2] Gambar, @chikoci_90, mstar

[3] Video, @chikoci_90

Leave a Reply

Your email address will not be published.