(Video) “Smart woo, macam mana dia buat..?” Ramai Terujα Lihat Video Kolaborαsi Sofyank & Zizan Razak

Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian merupakan seorang pereka kandungan digital yang dikenali ramai kerana sering mengubah suai kandungan video unik. 

Video yang diubahsuai oleh Sofyank sememangnya luar biasa sehingga mendapat nama di luar negara dan dikenali oleh beberapa selebriti luar negara seperti Zack King dan Will Smith. 

Sebelum ini, Sofyank sudah pernah bergandingan dengan TikToker terkenal iaitu Ryan Bakery membuat ‘magik’ bersama sehingga berjaya meraih sehingga lebih 80 ribu tanda suka. 

Terbaru, Sofyank tampil berkolaborasi bersama pelakon dan pelawak terkenal iaitu Zizan Razak dalam pembikinan video seterusnya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohamad Sofian (@sofyank96)

Meskipun hanya menunjukkan teaser, ramai antara para pengikutnya tidak sabar untuk melihat hasil air tangan Sofyank bersama Zizan. 

Umum mengetahui filem Zizan iaitu Abang Long Fadhil 3 bakal ditayangkan tidak lama lagi dan ini sepastinya buatkan orang ramai tidak sabar untuk melihat hasilnya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohamad Sofian (@sofyank96)

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut meninggalkan komen menunjukkan keterujaan mereka dengan gabungan ini. 

“Paling respect si’akk pian…on jgn tak on” 

“Lu memang real nak mam’pos la @sofyank96 aku nk like byk kali x bleh plak.. Terbaik. Hollywood plsssss” 

“Wow, mesti gem’pak” 

Semat dia punya edit” 

“Mantul la..belum kuar full video dah gempak” 

“Semat woooooo.. camne dia buat tu? Semat gil’errr” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, sofyank96

Video, sofyank96

Leave a Reply

Your email address will not be published.