“Bagusnya suami Bella…” Mua Bellaz Kοngsi Momen Ketika Anαk Pertama

Orang kata anak sulung lah yang banyak mengajar mereka dalam menjadi ibu bapa yang lebih baik untuk adik – adik mereka. 

Seperti perkongsian jurusolek terkenal iaitu Mua Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabilah Zulyadaini berkenaan momen bersama anak sulungnya. 

“Kenangan ni.. Moments anak pertama hampa ui. Sebenaqnya anak pertama ni la mengajaq kita banyak perkara dalam rumahtangga. 

“jadi lebih matang lebih bertanggungjawab, saling kerjasama antara satu sama lain. Masa ni Bellaz dah start buat mekap pengantin dan kelas mekap. 

“Rezeki anak masa ni dapat job mekap mama pergi mekap pengantin abah duduk dalam kereta jaga eica la besaq2 ni la dengan ekon takdak. 

“Kibas dengan kertas kat anak ta’kut anak pa’nas. Tunggu bawah pokok selagi bellaz tak ha’bis mekap.  

“Mana ada pertandingan makeup smua bellaz masuk sbb minat ,menang ka’lah belakang kira mat nuar kata ..masuk try p,” tulisnya panjang lebar. 

Selain itu, Bellaz juga sempat berpesan kepada orang ramai supaya mencipta kenangan sendiri kerana setiap hari takkan sama kenangannya. 

“Sebab tu bellaz selalu tulis ..kenangan harini xkan sma dgn kenangan esok..jdi ciptalah moments hampa setiap hari . Semoga kita semua dimurahkan rezeki aminn,” tambahnya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh Bellaz. 

“Betul anak pertama nie sgt2 mengajar kita.” 

“Apa yg bella dah lalui dulu smpai berjaya skrg jd kenangan yg terindah… Nikmati lah” 

“Bagusnya suami Bella. Moga kalian terus bhgia hingga ke syurga” 

“Syoq tengok Bella berjaya.. Semoga selalu diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan bellaz” 

“Husb kak bella mmg supporter” 

“Bila suami hargai isteri, pasti isteri pun akan hargai suami dia, dia tak akan lupa pada suami dia yg ada dengan dia waktu dia susah dulu. sekarang bila isteri dh senang, dia akan mewahkan suami dia pulak” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, majalahpama

[2] Gambar, muabellaz

Leave a Reply

Your email address will not be published.